Perutusan Pegawai Daerah

P1000695 edt

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi melayari laman web ini. Saya selaku Pegawai Daerah, Daerah Timur Laut sangat mengalu-alukan kunjungan anda di sini.

                Laman web ini diwujudkan sebagai satu platform penyampaian maklumat kepada pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut selaras dengan peranannya yang bertanggungjawab menyelaras, menentukan serta melaksanakan polisi, program dan aktiviti Kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat daerah dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan atau agensi kerajaan serta orang ramai.

                Sehubungan itu, diharapkan laman web akan ini memberi manfaat kepada semua pelanggannya dan pentadbiran ini akan sentiasa memastikan laman web ini dikemaskini dengan maklumat terkini. Saya sangat menghargai sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

Sekian, selamat melayari laman web Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.