bannerbm

FAQ

1. Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?

Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan dikemukakan kepada Pentadbir Daerah dan Tanah yang berkenaan (lokasi tanah tersebut) pada atau sebelum 28 Februari dengan melengkapkan borang permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah tersebut.

2. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat didaerah-daerah lain?

Ya. Cukai tanah boleh dibayar di mana - mana Kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah di dalam Negeri Pulau Pinang.

3. Apakah itu Hakmilik Strata?

Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit/petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya:- - Petak aksesori (jika ada) ; - dan Pembahagian unit syer sebagai penentuan hak.

4. Apakah e-Tanah?

e-Tanah ini ialah projek untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melaksanakan Kerajaan Elektronik dalam perkhidmatan awam.

5.Apakah urusan tanah yang terlibat dalam projek e-Tanah?

  • Pelupusan
  • Pendaftaran
  • Hakmilik Strata
  • Kelulusan / kebenaran Pindahmilik /Gadaian
  • Pembangunan
  • Pengambilan Balik Tanah
  • Pesaka
  • Hasil

6. Apakah tapak yang terlibat dalam projek perintis?

  • Pengarah Tanah dan Galian negeri Pulau Pinang
  • Pejabat Tanah Daerah Pulau Pinang
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (cawangan negeri Pulau Pinang)
  • Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

7. Apakah faedah e-Tanah

  • Perkhidmatan kaunter lebih mesra pelanggan dan single point of contact.
  • Pelanggan boleh mendapat maklumat dan perkhidmatan secara ‘on-line’.
  • Bayaran cukai tanah boleh dibuat dimana-mana pejabat tanah dan secara on-line.
  • Pelanggan mendapat khidmat lebih cepat dan cekap.
  • Urusan Permintaan Ukur dan cetakan Pelan Akui dapat dibuat secara on-line antara pentadbir tanah dan JUPEM.
  • Ulasan Jabatan Teknikal dapat dipercepat dengan bantuan MyGDI.
  • Prosesan urusan dalaman melalui komputer dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
  • Memudahkan proses membuat keputusan.
  • Memudahkan pengawalan dan pemantauan ke atas prosesan.
  • Penguatkuasaan lebih mudah dibuat dengan maklumat tersedia daripada sistem.
  • Penambahan hasil Negeri dan Persekutuan.