bannerbm

Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?

Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan kemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah pada atau sebelum 28 Februari dengan melengkapkan boring permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah.

2. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat didaerah-daerah lain?

Cukai tanah boleh dibuat disemua daerah dalam Negeri Pulau Pinang.

3. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan Pindah Milik Tanah?

1) Borang 14A asal yang telah ditandatangani serta telahpun dibayar duti setem.
2) Borang PDS 14 dan bayaran adalah mengikut nilai pasaran oleh Jabatan Penilaian/Notis Taksiran.

4. Bagaimanakah Cara untuk Mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?

1) Satu salinan `Borang Permohonan’ yang lengkap diisi. (Borang boleh diperolehi dari Pejabat Daerah dan Tanah).
2) Satu salinan Pelan Tapak.

5. Apakah Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan mengeluarkan lot daripada kawasan taliair yang diwartakan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1) Surat permohonan mengeluarkan warta taliair.
2) Bayaran proses RM300.00 satu lot.

6. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan ubah syarat?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1) Borang permohonan tukar syarat nyata dibawah KTN Akta 56/1995 (Seksyen 124 KTN 56/65)

7. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk eprmohonan perintah jualan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1) Borang 16D Sek. 254 KTN.
2) Surat Akaun Penyerah Notis 16D.
3) Borang 16G S

8. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pentadbir Tanah semasa membuat permohonan pecah sempadan (9A)/Pecah Bahagian (9B) dan cantuman (9C) tanah oleh jurukur?

1) 12 salinan pelan tatasusunan yang diluluskan oleh MPSP (untuk permohonan pecah sempadan dan cantuman).
2) 5 salinan pelan tapak bersaiz A4.
3) 1 salinan resit cukai taksiran

9. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan ialah:-

1) Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri.
2) Bayaran wang proses RM100.00.