bannerbm

Latar Belakang

Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut beroperasi di Tingkat 50 dan 51 di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang. Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut bertanggungjawab menyelaras, menentukan serta melaksanakan polisi, program dan aktiviti Kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat daerah dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan atau agensi kerajaan serta orang ramai.

Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:

1. Bahagian Khidmat Pengurusan
2. Bahagian Pembangunan
3. Bahagaian Pengurusan Tanah

Daerah Timur Laut merangkumi keluasan sebanyak 122.79 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk seramai 520,242 orang.