Jabatan

Soalan Lazim

1. Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?

Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun dan kemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah pada atau sebelum 28 Februari dengan melengkapkan boring permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah.

2. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat didaerah-daerah lain?

Cukai tanah boleh dibuat disemua daerah dalam Negeri Pulau Pinang.

3. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan Pindah Milik Tanah?

1) Borang 14A asal yang telah ditandatangani serta telahpun dibayar duti setem.
2) Borang PDS 14 dan bayaran adalah mengikut nilai pasaran oleh Jabatan Penilaian/Notis Taksiran.

4. Bagaimanakah Cara untuk Mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?

1) Satu salinan `Borang Permohonan’ yang lengkap diisi. (Borang boleh diperolehi dari Pejabat Daerah dan Tanah).
2) Satu salinan Pelan Tapak.

5. Apakah Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan mengeluarkan lot daripada kawasan taliair yang diwartakan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1) Surat permohonan mengeluarkan warta taliair.
2) Bayaran proses RM300.00 satu lot.

6. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan ubah syarat?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1) Borang permohonan tukar syarat nyata dibawah KTN Akta 56/1995 (Seksyen 124 KTN 56/65)

7. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk eprmohonan perintah jualan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1) Borang 16D Sek. 254 KTN.
2) Surat Akaun Penyerah Notis 16D.
3) Borang 16G S

8. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pentadbir Tanah semasa membuat permohonan pecah sempadan (9A)/Pecah Bahagian (9B) dan cantuman (9C) tanah oleh jurukur?

1) 12 salinan pelan tatasusunan yang diluluskan oleh MPSP (untuk permohonan pecah sempadan dan cantuman).
2) 5 salinan pelan tapak bersaiz A4.
3) 1 salinan resit cukai taksiran

9. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan ialah:-

1) Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri.
2) Bayaran wang proses RM100.00.

Hubungi Kami

PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH TIMUR LAUT
TINGKAT 50 & 51 KOMTAR,
10000 PULAU PINANG

Tel : 04-6505523
Fax : 04-2616137

Objektif

Bagi Merialisasikan Visi Dan Misi Yang Ditetapkan Maka Semua Warga Kerja PDTDTL Berjanji Untuk Bekerjasama Dan Komited Bagi Mencapai Objektif Berikut :Merancang, Menyelaras Dan Melaksanakan Semua Dasar, Program Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Diperingkat Daerah Dibawah Rancangan Malaysia Lima Tahun Dan Rancangan Tahunan Negeri Dengan Kerjasama Semua Jabatan/Agensi Bagi Memastikan Pembangunan Yang Seimbang Dan Sempurna.

 

  • Merancang, Menyelaras Dan Melaksanakan Semua Dasar, Program Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Diperingkat Daerah Dibawah Rancangan Malaysia Lima Tahun Dan Rancangan Tahunan Negeri Dengan Kerjasama Semua Jabatan/Agensi Bagi Memastikan Pembangunan Yang Seimbang Dan Sempurna.
  • Merancang, Menyelaras Dan Melaksanakan Semua Dasar, Program Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Diperingkat Daerah Bagi Projek Luar Bandar Dengan Kerjasama Semua Jabatan/Agensi Bagi Memastikan Peningkatakan Taraf Serta Kualiti Hidup.
  • Membangun Dan Mewujudkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Tanah Yang Cekap Dan Berkesan Kearah Kemajuan, Kemakmuran Dan Keharmonian Rakyat Selaras Dengan Matlamat Dan Dasar Pembangunan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri.
  • Mewujudkan Kepimpinan Peringkat Daerah Yang Berkesan Bagi Menjamin Keadaan Pentadbiran, Pembangunan, Keselamatan Dan Kemasyarakatan Yang Terus Stabil Serta Makmur.

Fungsi

BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH

Mengurus Perkara Berkaitan Kewangan, Personel Dan Pentadbiran Pejabat Bagi Melicinkan Perlaksanaan Tugas Semua Bahagian Dan Anggota Pejabat Daerah Timur Laut.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

Merancang, Mengurus Dan Melaksanakan Projek-Projek Kecil Yang Tidak Melebihi RM200,000.00 Bagi Daerah Timur Laut Yang Diluluskan Oleh Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Untuk Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Dengan Cekap Dan Berkesan.

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

Menguruskan Semua Permohonan Tanah Yang Diterima Daripada Orang Awam Dan Agensi Kerajaan Dan Memungut Cukai Tanah Berdasarkan Peraturan Dan Undang-Undang Berkaitan Serta Merancang, Mentadbir Dan Menguatkuasakan Hal-Hal Berkaitan Tanah Di Daerah Timur Laut.

BAHAGIAN PERUNDANGAN

Memberi perkhidmatan dan nasihat perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap dan efisien.

Visi / Misi

Visi

Menjadikan Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang Sebuah Organisasi Awam Yang Terbaik Di Malaysia Dalam Pengurusan Daerah Dan Tanah Menjelang 2020

Misi

Ke Arah Pengurusan Daerah Dan Tanah Yang Cekap Dan Berkesan Dalam Mewujudkan Pembangunan Yang Mampan Dan Kehidupan Yang Sejahtera

Moto

Dinamik Telus Luhur

Artikel Lagi...