Soalan Lazim Pembayaran Cukai Tanah/ Cukai Petak

Soalan Lazim Pembayaran Cukai Tanah/ Cukai Petak

1. Bagaimanakah cara untuk pembayaran cukai petak/cukai tanah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

  • Pembayaran cukai tanah/cukai petak boleh dibuat dengan menggunakan medium pembayaran secara atas talian iaitu http://ebayar.penang.gov.my.          Pembayaran ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor akaun yang tertera pada bil cukai tanah/cukai petak.

2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nombor akaun cukai selain pada bil cukai?

  • Pemilik petak/tanah bagi sesuatu hartanah boleh menyemak nombor cukai anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan melalui https://etanah.penang.gov.my/ (perlu cuba masukkan 12 digit dengan menggunakan “-” atau tanpa “-”). Kemudahan ini tidak boleh digunakan bagi nombor kad pengenalan lama dan nombor syarikat.

3. Bagaimanakah cara untuk mencetak semula resit bayaran cukai tanah/ cukai petak online?

  • Resit bayaran cukai tanah/cukai petak boleh dicetak semula jika pembayaran sebelum ini dibuat melalui online dengan klik pada menu ‘Cetak Semula Resit’, masukkan nombor akaun dan klik ‘Cari’. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pejabat Tanah dan Galian selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

4. Bilakah anda sepatutnya membayar cukai tanah/ cukai petak bagi tahun 2020?

  • Tempoh pembayaran cukai petak/tanah telah dilanjutkan sehingga 30 OGOS 2020. Kerajaan Negeri telah melanjutkan tempoh pembayaran cukai petak/tanah tersebut sebagai keprihatinan menangani kesan COVID-19.

5. Bilakah denda lewat akan dikenakan kepada pembayar cukai petak/tanah sekiranya tidak menjelaskan bayaran cukai pada tahun 2020?

  • Denda lewat akan dikenakan ke atas pemilik petak/tanah yang tidak menjelaskan bayaran bermula 31 OGOS 2020.

6. Adakah denda lewat akan dikenakan ke atas pemilik petak/tanah seperti dalam bil cukai petak/ cukai tanah bagi tahun 2020?

  • Denda lewat tidak akan dikenakan pada 31 Mei 2020 disebabkan pelanjutan tempoh pembayaran cukai sehingga 30 OGOS 2020.

7. Bagaimanakah cara untuk pembayaran cukai petak/cukai tanah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

  • - Pembayaran boleh dilakukan melalui
  •        a) kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Pulau Pinang
  •        b) kaunter Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai
  •        c)       atas talian di Portal e-Bayar - http://ebayar.penang.gov.my