Penilaian Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang "Your Voice Matters 2015"

Ditulis oleh Administrator on .

Pihak pentadbiran ini kini dalam usaha menambahbaik Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, satu kajian bagi penambahbaikan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kaji selidik online "Your Voice Matters 2015" telah dibuka untuk mendapatkan penilaian dan pandangan/cadangan penambahbaikan yang wajar diperkenalkan.

Kerjasama Y.B./Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon mengambil bahagian dan memberi pandangan dalam usaha menghasilkan perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholders melalui saluran Portal Rasmi Kerajaan Negeri. 

Kajian online "Your Voice Matters " boleh diakses melalui bahagian Soal Selidik di laman utama ruangan Pengumuman di Portal Rasmi Kerajaan Negeri. Sila klik di sini. 

Sekian, terima kasih