Perkhidmatan Web Mudah Alih / SMS
Cara melayari portal menggunakan telefon bimbit anda.
- Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
- Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
- Pilih pelayar (‘browser’) yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.).
- Layari laman web menggunakan ‘browser’ dengan menaip http://dtl.penang.gov.my dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).
Senarai Perkhidmatan mySMS Bagi Negeri Pulau Pinang
PERKHIDMATAN | KOD & CONTOH |
---|---|
Semakan Status Pendaftaran Warga Emas |
TAIP: GOVPG WARGAEMAS <NOKP BARU/LAMA> CONTOH:(a)GOVPG WARGAEMAS 790309075868 & SMS KE 15888 (No KP Baru) (b)GOVPG WARGAEMAS A123456 & SMS KE 15888 (No KP Lama) |
Semakan Status Cukai Tanah |
TAIP: (a)GOVPG PTGCUKAI 89001CD111A & SMS KE 15888 (melalui No Akaun) (b)GOVPG PTGCUKAI HSM1234LOT4321 & SMS KE 15888(melalui No Hakmilik&No Lot) |
Semakan Permohonan Rumah Kos Rendah |
TAIP: GOVPG MRMH <NOKP > CONTOH: GOVPG MRMH 790309075868 & SMS KE 15888 |
Semakan Status Pinjaman Penuntut |
TAIP: GOVPG SPP <NO KP > CONTOH: GOVPG SPP 790309075868 & SMS KE 15888 |
Semakan Baki Pinjaman Penuntut |
TAIP: GOVPG BPP <NO KP > CONTOH: GOVPG BPP 790309075868 & SMS KE 15888 |
Langganan Status Pembayaran Pembekal/Kontraktor |
a. Pendaftaran Langganan CONTOH: ON GOVPG JKN A123456 & SMS KE 15888 b. Batal Langganan CONTOH: STOP GOVPG JKN & SMS KE 15888 |
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.