Perkhidmatan Unit Pendaftaran Tanah
1. Pendaftaran Suratcara Urusniaga Dan Bukan Urusniaga bagi Hakmilik Strata Dan "Landed".
Bil | Tindakan / Proses |
1.1 | Kemasukan Suratcara Urusniaga / Bukan Urusniaga Dalam Sistem e-Tanah Dan Cetak Deraf Varifikasi. |
1.2 | Serah Suratcara & Vedok Kepada Pendaftar Berserta Dokumen Hakmilik Pejabat Untuk Didaftarkan. |
1.3 | Pendaftaran Suratcara Urusniaga oleh Pendaftar |
1.4 | Serahkan Dokumen Yang Telah Didaftarkan Kepada Pemohon |
2. Pendaftaran Dokumen Hakmilik Sementara (QT) Dan Hakmilik Kekal (FT)
Bil | Tindakan / Proses |
2.1 | Terima Fail Permohonan Untuk Pendaftaran Dokumen Hakmilik Sementara. Rekod Dan Mengeluarkan Surat Akuan Terima Kepada Pemohon. |
2.2 | Menyediakan Senarai Lot Untuk Mendapatkan Kiraan Hasil Cukai Tanah |
2.3 | Penyediaan Deraf Hakmilik, Pemberianmilik, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan, Pengambilanbalik Tanah. |
2.4 | Serah Fail Dan Deraf Hakmilik Kepada Pendaftar Untuk Didaftarkan. |
2.5 | Pendaftaran Dokumen Hakmilik Sementara oleh Pendaftar |
2.6 | Mengeluarkan Notis 5F Kepada Pemohon |
2.7 | Serahkan Dokumen Yang Telah Didaftarkan Kepada Pemohon. |
3. Pendaftaran Dokumen Hakmilik Strata
Bil | Tindakan / Proses |
3.1 | Terima Dan Rekod Permohonan Pendaftaran Hakmilik Strata Dari PTG. |
3.2 | Penyediaan Dokumen Hakmilik Strata |
3.3 | Serah Fail Dan Dokumen Hakmilik Strata Kepada Pendaftar Untuk Didaftarkan. |
3.4 | Pendaftaran Dokumen Hakmilik Strata oleh Pendaftar |
3.5 | Mengeluarkan Surat Notis Penyerahan Hakmilik Strata Kepada Pemohon |
3.6 | Menyerahkan Dokumen Hakmilik Strata Kepada Pemohon |
4. Pendaftaran Dokumen Hakmilik Gantian Disebabkan Rosak Atau Hilang
Bil | Tindakan / Proses |
4.1 | Terima Dan Rekod Permohonan Hakmilik Gantian Yang Lengkap Bagi Hakmilik Rosak Atau Hilang. Mengeluarkan Surat Akuan Terima Kepada Pemohon. |
4.2 | Penyediaan Warta Bagi mengeluarkan Hakmilik Gantian |
4.3 | Menghantar Salinan Warta Ke Percetakan Nasional Berhad untuk Diwartakan. |
4.4 | Menerima Salinan Warta Dari Percetakan Nasional (Selepas 30 Hari) Dan Menyediakan Deraf Verifikasi Bagi Dokumen Hakmilk Gantian. |
4.5 | Pendaftaran Dokumen Hakmilik Gantian oleh Pendaftar |
4.6 | Menyerahkan Dokumen Hakmilik Strata Kepada Pemohon |
5. Carian Dan Salinan Dokumen / Hakmilik.
Bil | Tindakan / Proses |
5.1 | Terima Dan Rekod Permohonan Carian ( Persendirian atau Rasmi ) Dan Salinan Dokumen Yang Lengkap Daripada Pemohon. |
5.2 | Menyediakan Salinan Carian Rasmi Dan Salinan Dokumen Yang Disahkan Oleh Pendaftar. |
5.4 | Menyreahkan Salinan Sah Carian atau Salinan Dokumen Kepada Pemohon |
6. Permohonan Untuk Mendapatkan Perintah Jualan (Seksyen 260, 261 dan 263 Kanun Tanah Negara).
Bil | Jenis Perkhidmatan |
6.1 | Terima Dan Rekod Permohonan Perintah Jual Yang Lengkap. Buka Fail Dan Mengeluarkan Surat Akuan Terima Kepada Pemohon. |
6.2 | Menyemak Permohonan Dan Menetapkan Tarikh Perbicaraan Siasatan Perintah Jual Dan Maklumkan Kepada Penggadai Dan Pemegang Gadaian. |
6.3 | Mengadakan Perbicaraan Siasatan Bermula Pada Tarikh Yang Ditetapkan (Selepas Sebulan Dari Tarikh Notis) Dan Membuat Keputusan. |
6.4 | Menetapkan Tarikh Perintah Jualan (Lelong) Menggunakan Borang 16H Dan Sertakan Surat Pemberitahuan. |
6.5 | Menjalankan Lelongan Awam (Tertakluk Kepada Bilangan Lelongan Awam Dijalankan Sehingga Berjaya) |
6.6 | Penyediaan Borang 16 I (Sijil Perakuan Jual Oleh Pentadbir Tanah) |