Jerebu - Fenomena Pencemaran Udara

Apa Itu Jerebu

Jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan partikulat-partikulat atau zarah-zarah yang halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekaran yang tinggi.

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan

Orang Awam

  • Hentikan pembakaran terbuka
  • Berkongsi kereta
  • Gunakan pengangkutan awam

Industri

  • Gunakan gas asli
  • Amalkan konsep pengeluaran bersih
  • Kurangkan kuantiti buangan

Pembukaan Tanah Untuk Pertanian Dan Pembangunan

  • Mengamalkan konsep pembakaran sifar bagi pelupusan sisa pertanian

Kesan Kepada Kesihatan

  • Gatal mata
  • Ganguan kepada hidung (hingus)
  • Gangguan sistem pernafasan
  • Radang paru-paru

Nasihat Kepada Orang Ramai Semasa Keadaan Jerebu

  • Minum banyak air
  • Kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian badan yang terdedah kepada jerebu
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai topeng pelindung yang boleh menghalang jerebu memasuki saluran pernafasan
  • Dapatkan nasihat dan rawatan perubatan dari pusar kesihatan (klinik/hospital) sekiranya terdapat masalah kesihatan yang berlarutan